5 Ramadhan 1432H | Danger!
Assalamualaikum dan salam jumaat.
Korang tau x ape maksud DANGER!... hehehehe
Time2 puasa ni kalau x dengar bunyi mercun mesti x sah kan. Dan tiap2 tahun mesti ada je kes kecelakaan disebabkan kes bermain mercun. Kesian HH tgk, ada yang putus jari dan sebagainya. Tapi salah siapa???
------------------------------------------------------------------
Oleh Rosliza Mohamed
KOTA BHARU: Tindakan seorang remaja menyalakan mercun bola ketika membonceng motosikal membawa padah, apabila tiga jari tangan kirinya hancur dan cedera di muka selepas mercun itu meletup sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini, malam kelmarin.
Akibat kejadian itu, Nasrudin Mohd Nazli, 19, dipercayai menjadi mangsa pertama mercun yang cedera parah di negara ini dan kini terpaksa ‘berpuasa’ di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Menurut Nasrudin, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam ketika dia dalam perjalanan membonceng motosikal rakannya berjumpa beberapa rakan di kampung berkenaan untuk bermain mercun.
“Dalam perjalanan, saya menyalakan mercun bola tetapi tidak sempat melemparnya menyebabkan ia meletup di tangan kiri dan serpihan mercun turut terkena muka.
“Dalam keadaan tangan dan muka berlumuran darah, rakan yang menunggang motosikal bersama saya menghantar saya ke Klinik Kesihatan Lundang Paku, bagi mendapat rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HRPZ II. Rakan saya itu turut terkena serpihan mercun, tetapi hanya cedera sedikit,” katanya ketika ditemui di wad HRPZII, semalam.
Nasrudin berkata, mercun bola itu dibeli di Rantau Panjang beberapa hari lalu dan merancang bermain mercun itu malam kelmarin di sekitar kampung.
Katanya, sebelum ini dia mendakwa tidak pernah menyalakan mercun ketika membonceng motosikal dan mengakui melakukan kesilapan.
------------------------------------------------------------------------------
Walaupun kes macam ni berlaku tiap2 tahun, tapi ianya tetap berulang kembali? KENAPA?
sebab kita tidak mahu belajar dan menganbil iktibar. So pada kawan2 jangan la dok buat perkara yang DANGER seperti main mercun di bulan puasa. Kalau ada family dan kawan2 yang dok main..tolong nasihat sikit. Jangan nanti kita "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudiaan tidak berguna"
S E K I A N
(^_^)
>>>>>GALERI DIARI RAMADHAN 1432H<<<<<
Jangan lupa baca Diari Ramadhan diorang jugak
(SILA KLIK PADA NAMA)
SAIFUL ADLI ||| MOHD MUKTASIM ||| JAN AZROL
Walaupun kes macam ni berlaku tiap2 tahun, tapi ianya tetap berulang kembali? KENAPA?
sebab kita tidak mahu belajar dan menganbil iktibar. So pada kawan2 jangan la dok buat perkara yang DANGER seperti main mercun di bulan puasa. Kalau ada family dan kawan2 yang dok main..tolong nasihat sikit. Jangan nanti kita "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudiaan tidak berguna"
S E K I A N
(^_^)
>>>>>GALERI DIARI RAMADHAN 1432H<<<<<
Jangan lupa baca Diari Ramadhan diorang jugak
(SILA KLIK PADA NAMA)
SAIFUL ADLI ||| MOHD MUKTASIM ||| JAN AZROL
1 Comments:
Write Commentsmula2 seronok..bila dah terlalu seronok lupa keselamatan diri..hmmmm
Reply