4 Ramadhan 1432H | Demi Masa!
Assalamualaikum
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.
Surah Al-'Asr: Ayat 1 - 3
Dah sering kali kita baca ayat ni. Tak pun pernah ternampak atau terdengar. Dari kecil lagi kita dididik... tak pun ada tergantung atau tertulis kat sekolah...MASA ITU EMAS....TIME IS GOLD. Tapi still ramai antara kita yang tak hargai masa. Kalau korang boleh baca entri ni maksudnya korang dah boleh membaca dan berfikir. Dan sesungguhnya dunia ini adalah untuk mereka yang mahu berfikir.
Ingatlah kata-kata ulama terbilang masa kini Dr. Yusuf Qardawi:
”Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain,sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.
So, korang nak buang masa lagi? Lu pikir la sendiri :P
S E K I A N
(^_^)
3 Comments
Write Commentsmemang terbaik la..
ReplyTQ Mus atas sokongan anda.
ReplyI really appreciate it :)
masa is time.. :)
Reply