Cinematography Untuk Bakal Pengantin

Tuesday, September 27, 2011 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,
Hi you all, pe khabar? Macam biasa, HH busy dengan menyiapkan album-album pelanggan. Alhamdullillah atas rezeki yang Allah kurniakan... Khamis ni Photo Villlage Studio akan lancarkan satu lagi hasil kerja kami dalam bidang Cinematography... kali ini khas untuk bakal pengantin yang akan melansungkan perkahwinan... mane tau ada yang berminat untuk dapatkan servis cinematography dari Photo Villlage Studio nanti..


 
Tapi sementara tunggu video ini ditayangkan pada khamis ni, pe kata you all layan dulu video kat bawah..
(^_^)



Jangan lupa ek tgk video terbaru dari Photo Village Studio pada 29 Semtember ni, hanya di
http://www.photovillagestudio.com/

Sekian
(^_^)

Pakej Video Perkahwinan dari Photo Village Studio

Friday, September 23, 2011 0 Comments A+ a-

Assalamualikum semua, 
Apa khabar? Kali ini HH nak kongsi mengenai Pakej Video Perkahwinan. Ingat tak dulu time bulan puasa, HH dan seorang lagi krew Photo Village Studio ke Ampang untuk menuntut ilmu HDSLR dengan CST Production . Bagi yang tak tahu boleh rujuk entri2 berikut:

HDSLR WORKSHOP by CST PRODUCTION


6 Ramadhan 1432H | Mari Mengaji

7 Ramadhan 1432H | Warna

8 Ramadhan 1432H | Tinggi

CST Production Jump Out Workshop | Colours Of Life





Kepada bakal pengantin diluar sana, kini Photo Village Studio mula menawarkan Pakej Video Perkahwinan. Ramai yang bertanyakan kami mengenai Pakej Video Perkahwinan ini. Untuk makluman semua, buat masa ini, Pakej Video Perkahwinan hanya ditawarkan kepada pelanggan Photo Village Studio yang menempah mana-mana Pakej Fotografi Perkahwinan sahaja. Bagi yang menempah pakej fotografi untuk dua majlis keatas, anda akan mendapat diskaun untuk pakej video. 

Nak tengok hasil video dari Photo Village Studio?
(^_^)

Megat & Murni | Reception + Outdoor Session 2

Tuesday, September 20, 2011 0 Comments A+ a-


Assalamualikum semua...
Kali ni jom kita layan gambar Megat & Murni lagi. Kali ni time majlis bertandang yang diadakan pada 11 Jun yang lalu dekat Kulim, Kedah.




Nak tengok lebih banyak gambar?
(^_^)

Minggu Yang Sibuk

Monday, September 19, 2011 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum,
Ape khabar semua? Minggu lepas pada 16 September pasti ramai yang cuti kan..sempena sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia. Macam biasa HH sibuk dengan majlis2 pelanggan. Alhamdulilah, minggu lepas HH ada 4 majlis untuk diuruskan. Seperti biasa setiap majlis pasti ada meninggalkan pada HH dan Photo Village Studio team. Ada kenangan manis, lucu dan ada juga pengalaman baru. Nanti HH akan ceritakan ok...hehehe... Untuk minggu lepas Photo Village Studio dah mula shoot untuk video nikah. So nantikan hasil video daripada kami nanti ok. Kepada pelanggan yang melanggan Pakej Fotografi Perkahwinan daripada Photo Village Studio, anda juga mungkin berpeluang untuk mendapatkan Video Perkahwinan pada harga diskaun. Kat sini HH nak share gambar group kitaorang



(^_^)

Megat & Murni | Reception + Outdoor Session 1

Monday, September 12, 2011 3 Comments A+ a-


Assalamualikum,
Hi kawan2, pe khabar semua?
Kali ni HH nak share gambar Megat dan Murni. Panjang ceritanya macam mane HH kenal diorang ni,,, hehehe..Pasangan Megat dan Murni ni ambil Pakej Fotografi Perkahwinan Utara yang ditawarkan oleh Photo Village Studio. Pakej Fotografi Perkahwinan Utara ini menawarkan khidmat fotografi menyeluruh untuk sesuatu majlis perkahwinan. Ini termasuk liputan fotografi untuk Majlis Akad Nikah, Majlis Resepsi, Majlis Bertandang dan juga Sesi Outdoor. Dan diorang turut dapat satu sesi Pre / Post Wedding PERCUMA. 
Megat dan Murni memang pasangan yang best. Sepanjang berkerja dengan diorang, semuanya berjalan lancar.  Jom kita layan gambar2 sewaktu majlis kenduri sebeleh pihak perempuan...




Nak tgk lebih banyak gambar?

Thanks pada Megat dan Murni yang mempercayai HH dan Photo Village Studio.
Nanti HH akan update gambar kenduri sebelah pihak lelaki pulak ok.
 S E K I A N
(^_^)

Meowwwww | PETKNODE pet hell hotel!!!

Tuesday, September 06, 2011 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,
Ada kawan2 yang minat kucing tak? HH satu keluarga memang minat sgat ngan kucing. Cuma bila dah pindah appartment ni, kami dah tak ada kucing. 

Dalam beberapa hari ni HH mengikuti isu mengenai PETKNODE.
"PETKNODE menawarkan pakej khusus sekiranya tempoh jagaan melebihi 30 hari. Dengan pakej ini, kucing dijamin mendapat penjagaan dan keselamatan 24/7 disamping kucing anda mendapat beberapa servis yang diberikan secara percuma."
Statement ini HH ambil dari http://petknode.blogspot.com. HH ke http://www.petknode.com.my tapi tak leh buka

Ini pulak apa yang HH baca dari satu sumber yang lain

KUALA LUMPUR, Sept 5 — Cat owners in the city planning their balik kampung trips over the Hari Raya period were at first delighted at discovering a promotion at a “pet hotel” offering to take their animals in for just RM3.95 a night. But peace of mind turned to horror last weekend as over 300 cats were found starved, dehydrated and covered in their own urine and faeces yesterday. -By Shannon Teoh

Kesian HH tgk gambar2 kucing yang tidak terjaga tu..ada yang kurus kering dan sebagainya. Nasib baik ada group sukarela dan pecinta2 haiwan yang ambil tindakan cepat untuk menyelamatkan kucing2 tersebut. Korang  boleh tgk gambar2 kucing tersebut kat SINI

HH pun tak nak komen banyak, dan setiap daripada kita pasti ada pandangan masing2, apa pun... semoga kebenaran terserlah dan yang bersalah mendapat hukuman yang setimpal. 

***************************************************************************

Terlanjur bercerita pasal kucing ni, HH nak share gambar kucing yang HH snap minggu lepas time buat job. Ini kucing2 Sany, dia ni seorang MUA dan pecinta kucing. HH suka bila ada client HH yang make up dengan dia, sebab sambil tunggu client tgh make up, HH boleh main ngan meow2..hehehe




 S E K I A N
(^_^)


Ashraf & Eira | E-Day | Updated

Sunday, September 04, 2011 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum,
Macam mane ngan raya kawan2? Best x? semalam HH dah start keje.hehehe..Pergi tangkap gambar orang bertunang. HH kenal Ira ni masa time satu majlis tunang kawan dia. Time tu HH jadi OP, dan kawan dia tu pun dah nak kawin bulan depan...dan alhamdulillah ... Photo Village Studio jadi OP lagi :)..
Majlis pertunangan Ashraf dan Ira ni berlansung di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Jom kita layan gambar sikit dulu :)




Semalam sementara tunggu rombongan lelaki, HH pun makan la dulu...sambil2 sembang ngan sorang brader ni...tiba2 dia tya.."tak keja ke hari ni".. HH pun jawab dengan senyum manis...
"ni tgh keje la ni :P"

NAK TENGOK GAMBAR MAJLIS NI LAGI???
KLIK SINI

S E K I A N

Jurukamera BernamaTV Terbunuh | Takziah Buat Keluarga Noramfaizul Mohd Nor

Sunday, September 04, 2011 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,
HH nak ucapkan takziah buat keluarga Noramfaizul Mohd Nor, iaitu jurukamera Bernama TV yang terbunuh semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia. Kalau kawan2 tgk, isu ni mendapat perhatian luas rakyat 1 malaysia. Even perdana Menteri sendiri menunggu ketibaan jenazah di Lapangan TUDM Subang. Sewaktu HH tgh update ni, jenazah alllahyarham Noramfaizul Mohd Nor baru sampai di lapangan dan terus dibawa ke majlis TUDM untuk dimandikan dan dikafankan. Walaupun HH tidak mengenali allayarham, tetapi keberaniaan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan memang patut dipuji. Mereka sanggup mengambil risiko dan berkorban untuk keaamanan manusia sejagat. Dalam kejadian yang sama, jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan yang turut cedera. 
Salam takziah buat keluarga Noramfaizul Mohd Nor. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 
AL - FATIHAH

************************************************************

DI BAWAH INI BERITA YANG HH BACA DI UTUSAN MALAYSIA ONLINE


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.



Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.

Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.

Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.

Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.

Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. - Bernama

Galeri Diari Ramadhan 1432H

Tuesday, August 30, 2011 0 Comments A+ a-

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
(^_^)

pic name

pic name

pic name

pic name

COMING SOON

COMING SOON

pic name

COMING SOON

COMING SOON

pic name

COMING SOON

COMING SOON

pic name

COMING SOON

COMING SOON

pic name

COMING SOON

COMING SOON

pic name

COMING SOON

COMING SOON

pic name

COMING SOON

COMING SOON

pic name

COMING SOON

COMING SOON

pic name

COMING SOON

COMING SOON

Alhamdulillah, dapat juga HH penuhkan diari Ramadhan tahun ini.
(^_^)

29 Ramadhan 1432H | Baju

Monday, August 29, 2011 0 Comments A+ a-

Assalamualikum,
Ni last update tuk hari raya, tuk raya kali ni HH just beli sepasang baju Melayu.
Alhamdulilah.


Di kesempatan ni HH nak ucapkan 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

S E K I A N
(^_^)

>>>>>GALERI DIARI RAMADHAN 1432H<<<<<

Jangan lupa baca Diari Ramadhan diorang jugak
(SILA KLIK PADA NAMA)

SAIFUL ADLI ||| MOHD MUKTASIM ||| JAN AZROL

28 Ramadhan 1432H | Irama

Monday, August 29, 2011 0 Comments A+ a-

Assalamualikum,
Another quick update for diari ramadhan. Bila cakap pasal nak raya... salah satu benda yang sinonim adalah lagu raya. Pe lagu raya favorite korang ek?


Salah satu lagu raya favorite HH adalah lagu Suasana Hari Raya dari Anuar Zain & Elina.....kalau tgk video klip lagu ni memang comel....hehehe. Oh ya, HH ngan kawan HH ada wat satu short video pada malam 28 ni...hehhee..kalu nak tgk, klik 

S E K I A N
(^_^)

>>>>>GALERI DIARI RAMADHAN 1432H<<<<<

Jangan lupa baca Diari Ramadhan diorang jugak
(SILA KLIK PADA NAMA)

SAIFUL ADLI ||| MOHD MUKTASIM ||| JAN AZROL

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu