IJI Terakhir - Suatu Pengalaman

Tuesday, October 01, 2013 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

IMKK JULAI 2013

Saya mendaftar untuk kelas Intensif Jutawan Industri (IJI) ketika saya mengikuti kelas Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK) bersama isteri dan rakan saya di Menara PGRM Cheras pada bulan Julai yang lalu. Dalam IMKK, saya hanya mampu untuk duduk di seat general, iaitu tempat duduk yang paling belakang sekali. Cemburu saya lihat rakan-rakan yang duduk di barisan hadapan, seraya bertekad, untuk kelas-kelas DAO selepas ini, saya nak jadi antara yang duduk paling depan. Di akhir kelas IMKK, kami mendapat tawaran hebat untuk Kelas IJI, IMKK & AMP akan datang. 

Secara peribadi saya mendapati IMKK adalah satu kelas yang SANGAT, SANGAT, SANGAT BAGUS!!!. Kalau boleh saya hendak semua orang yang saya sayang, keluarga dan rakan-rakan untuk menghadiri dan rasai sendiri pengalaman berada di dalam kelas ini. Dalam masa yang sama, saya sendiri ingin mendaftar untuk IJI dan duduk di bahagian hadapan. Dan kewangan yang ada pula adalah sangat terhad.

Akhirnya saya buat satu keputusan. Saya gunakan semua duit yang saya ada untuk mendaftarkan mak dan ibu mertua saya untuk mengikuti kelas IMKK pada hujung tahun ini. Untuk saya sendiri pula, nanti baru saya fikir bagaimana untuk saya daftarkan diri untuk IJI. Alhamdulillah, dengan tekad dan usaha, walaupun tanpa wang di tangan... Allah telah permudahkan segalanya. Dipendekkan cerita, sebelum saya melangkah keluar dari menara PGRM pada hari terakhir IMKK, saya dan sahabat saya Mohd Norhisammudin (Sam) berjaya juga untuk daftarkan diri untuk IJI, dan kali ini kami akan duduk di seat Supreme Diamond. :)

*

Seminggu sebelum IJI, segala persiapan telah siap diuruskan. Tiket, hotel dan sebagainya. Tak sabar rasanya untuk berada di IJI. 3 bulan jarak waktu antara IJI dan IMKK terasa seakan-akan sangat lama. 

Tetapi perasaan teruja ini bersulam perasaan risau, takut dan sedih.

Beberapa hari sebelum IJI, datuk saya jatuh sakit. Beliau terjatuh ketika hendak pergi ke tandas. Itulah satu-satunya datuk saya yang masih hidup. Keadaan datuk agak kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Perasaan ini agak risau, di saat semua saudara mara berkumpul dan bergilir-gilir menjaga datuk... saya pula akan pergi untuk beberapa hari. 

Dalam masa yang sama, berat rasa hati ini untuk meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandungkan cahaya mata pertama kami. Pelbagai perkara berlegar - legar di dalam kepala ini.




KHAMIS - 26 SEPTEMBER 2013

Sehari sebelum IJI, di facebook meriah dengan gambar kawan-kawan yang telah membuat pendaftaran awal untuk IJI di PWTC. Dalam diri ini, perasaan teruja tidak dapat disembunyikan lagi. Saya dan Sam akan bertolak pada waktu malam dengan menaiki keretapi dari Butterworth dan menuju ke KL Sentral. Bersama - sama kami nanti adalah Cikgu Junita dan sahabatnya.

Petang itu, mak singgah ke rumah saya dan beritahu bahawa datuk saya sudah boleh pulang ke rumah. Alhamdulillah, kurang sikit rasa risau. Selepas maghrib saya membuat persiapan terakhir sebelum bertolak. Saya juga turut berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menjaga dan melindungi semua ahli keluarga saya. Tiba-tiba saya mengalami muntah-muntah dan sakit kepala. 

Pada mulanya saya ingatkan hanya perkara biasa, nanti lepas makan ubat mungkin lega. Tetapi sebaliknya yang berlaku, keadaan saya menjadi semakin teruk. Kepala ini terasa seolah-olah dihempap oleh sebuah treler. Tak dapat nak diungkapkan rasa sakit itu dengan kata-kata. Sehinggakan saya tidak mampu untuk berdiri. Akhirnya saya terbaring dan dalam tak sedar mula mengeluarkan air mata. 

Dalam masa yang sama, Sam telah sampai ke rumah saya. 

Saya terbaring dan tak mampu untuk buat apa-apa... hanya air mata yang makin kuat mengalir. KENAPA PADA SAAT DAN KETIKA INI SAYA JATUH SAKIT???????..... SAAT SAYA HENDAK BERTOLAK KE IJI UNTUK MENUNTUT ILMU.... 

Akhirnya saya tenangkan diri. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Saya percaya Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik untuk saya. Malam itu, dengan berat hati, keputusan terpaksa dibuat. Akhirnya Sam bergerak menuju ke PWTC tanpa saya.....


...... BERSAMBUNG






7 Comments

Write Comments
Rohana Lisut
AUTHOR
October 1, 2013 at 9:52 PM delete

jeng jeng jeng... fuhh macam tengok drama, tak sabar nak baca next episod... awesome bro, TAHNIAH :)

Reply
avatar
Eiza Sharon
AUTHOR
October 1, 2013 at 10:54 PM delete

Hasnifam cerita awk ni la punca saya ke IJI. Sayala sepatutnya ganti awk masa tu. Cerita awak bersambung pada cerita saya. Ikuti kisah saya di wall group IJI dgn nama Eiza's Cookies

Reply
avatar
October 2, 2013 at 7:45 AM delete

Hehehe..tak sedar, tengok-tengok dan panjang.... Insyallah saya akan sambung kisah saya ini hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca :)

Reply
avatar
October 2, 2013 at 7:47 AM delete

Saya ada baca kisah puan. Semestinya Puan adalah sebahagian daripada sambungan kisah saya selepas ini. :)

Reply
avatar
Eiza Sharon
AUTHOR
October 4, 2013 at 7:43 AM delete

Tp saya yakin allah yg beri sakit tu pd awk supaya saya melangkahkan kaki ke iji dan menarik saya ke sana dgn masalah terbentang dpn mata di tmpt org. Allah nak ajar saya berfikir mcm mana nak buat jika saya kena putuskan masa tu jg apa yg saya harus lakukan.

Reply
avatar
Eiza Sharon
AUTHOR
October 4, 2013 at 7:44 AM delete

Tp saya yakin allah yg beri sakit tu pd awk supaya saya melangkahkan kaki ke iji dan menarik saya ke sana dgn masalah terbentang dpn mata di tmpt org. Allah nak ajar saya berfikir mcm mana nak buat jika saya kena putuskan masa tu jg apa yg saya harus lakukan.

Reply
avatar
July 6, 2015 at 3:11 PM delete

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Reply
avatar

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu