Showing posts with label Photo Village Studio. Show all posts
Showing posts with label Photo Village Studio. Show all posts

Cinematography Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum,
Hi you all, pe khabar? Macam biasa, HH busy dengan menyiapkan album-album pelanggan. Alhamdullillah atas rezeki yang Allah kurniakan... Khamis ni Photo Villlage Studio akan lancarkan satu lagi hasil kerja kami dalam bidang Cinematography... kali ini khas untuk bakal pengantin yang akan melansungkan perkahwinan... mane tau ada yang berminat untuk dapatkan servis cinematography dari Photo Villlage Studio nanti..


 
Tapi sementara tunggu video ini ditayangkan pada khamis ni, pe kata you all layan dulu video kat bawah..
(^_^)



Jangan lupa ek tgk video terbaru dari Photo Village Studio pada 29 Semtember ni, hanya di
http://www.photovillagestudio.com/

Sekian
(^_^)


Pakej Video Perkahwinan dari Photo Village Studio

Assalamualikum semua, 
Apa khabar? Kali ini HH nak kongsi mengenai Pakej Video Perkahwinan. Ingat tak dulu time bulan puasa, HH dan seorang lagi krew Photo Village Studio ke Ampang untuk menuntut ilmu HDSLR dengan CST Production . Bagi yang tak tahu boleh rujuk entri2 berikut:

HDSLR WORKSHOP by CST PRODUCTION


6 Ramadhan 1432H | Mari Mengaji

7 Ramadhan 1432H | Warna

8 Ramadhan 1432H | Tinggi

CST Production Jump Out Workshop | Colours Of Life





Kepada bakal pengantin diluar sana, kini Photo Village Studio mula menawarkan Pakej Video Perkahwinan. Ramai yang bertanyakan kami mengenai Pakej Video Perkahwinan ini. Untuk makluman semua, buat masa ini, Pakej Video Perkahwinan hanya ditawarkan kepada pelanggan Photo Village Studio yang menempah mana-mana Pakej Fotografi Perkahwinan sahaja. Bagi yang menempah pakej fotografi untuk dua majlis keatas, anda akan mendapat diskaun untuk pakej video. 

Nak tengok hasil video dari Photo Village Studio?
(^_^)

Megat & Murni | Reception + Outdoor Session 2


Assalamualikum semua...
Kali ni jom kita layan gambar Megat & Murni lagi. Kali ni time majlis bertandang yang diadakan pada 11 Jun yang lalu dekat Kulim, Kedah.




Nak tengok lebih banyak gambar?
(^_^)


Minggu Yang Sibuk


Assalamualaikum,
Ape khabar semua? Minggu lepas pada 16 September pasti ramai yang cuti kan..sempena sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia. Macam biasa HH sibuk dengan majlis2 pelanggan. Alhamdulilah, minggu lepas HH ada 4 majlis untuk diuruskan. Seperti biasa setiap majlis pasti ada meninggalkan pada HH dan Photo Village Studio team. Ada kenangan manis, lucu dan ada juga pengalaman baru. Nanti HH akan ceritakan ok...hehehe... Untuk minggu lepas Photo Village Studio dah mula shoot untuk video nikah. So nantikan hasil video daripada kami nanti ok. Kepada pelanggan yang melanggan Pakej Fotografi Perkahwinan daripada Photo Village Studio, anda juga mungkin berpeluang untuk mendapatkan Video Perkahwinan pada harga diskaun. Kat sini HH nak share gambar group kitaorang



(^_^)

Megat & Murni | Reception + Outdoor Session 1


Assalamualikum,
Hi kawan2, pe khabar semua?
Kali ni HH nak share gambar Megat dan Murni. Panjang ceritanya macam mane HH kenal diorang ni,,, hehehe..Pasangan Megat dan Murni ni ambil Pakej Fotografi Perkahwinan Utara yang ditawarkan oleh Photo Village Studio. Pakej Fotografi Perkahwinan Utara ini menawarkan khidmat fotografi menyeluruh untuk sesuatu majlis perkahwinan. Ini termasuk liputan fotografi untuk Majlis Akad Nikah, Majlis Resepsi, Majlis Bertandang dan juga Sesi Outdoor. Dan diorang turut dapat satu sesi Pre / Post Wedding PERCUMA. 
Megat dan Murni memang pasangan yang best. Sepanjang berkerja dengan diorang, semuanya berjalan lancar.  Jom kita layan gambar2 sewaktu majlis kenduri sebeleh pihak perempuan...




Nak tgk lebih banyak gambar?

Thanks pada Megat dan Murni yang mempercayai HH dan Photo Village Studio.
Nanti HH akan update gambar kenduri sebelah pihak lelaki pulak ok.
 S E K I A N
(^_^)

CST Production Jump Out Workshop | Colours Of Life


CST Production Jump Out Workshop
6 & 7 August 2011
De Palma Hotel Ampang
Group Task
Mentor: Syahir Ismail & Are Che Are
 Crew: Hasfanizam Hamdan, Muhammad Izuwan Abu Bakar, 
Mohd Anas, Mohd Faizal, Muhammad Mujaheed & Mohd Faiz


Ni gambar group HH (^_^)




Seperti yang HH story sebelum ni. Dalam workshop ni tiap2 peserta dibahagikan ikut group beserta 2 mentor. Then tiap2 group dapat satu tajuk tuk dibuat short video. Group HH dapat tajuk warna.
Video ni disiapkan dalam masa lebih kurang 6 jam. 3 jam shooting & 3 jam editing. Thanks pada mentor kami yang banyak beri tunjuk ajar. Dalam video ni kami try apply segala ilmu yang kami belajar sepanjang workshop ni. Dan video ni menang video terbaik dalam workshop ni...hehehe. Bagi HH workshop ni memang sangat best (^_^)
.
HH dalam usaha untuk naik taraf sistem dan mutu perkhidmatan Photo Village Studio. Insyallah di masa hadapan PVS akan menawarkan khidmat cinematography untuk wedding pulak. Sehubungan dengan itu HH menjemput mereka yang mempunyai MINAT YANG MENDALAM DALAM FOTOGRAFI ATAU VIDEOGRAFI untuk join PVS secara part time. Tak semestinya nak kena ada kamera dan jadi photographer atau videographer, tapi kalau ada yang berminat dalam pengurusan dan editing pun boleh. 
Tak ada pengalaman pun tak pe, yang penting mempunyai 
MINAT, IKHLAS DAN BOLEH BERKERJA SECARA BERKUMPULAN. 
Ataupun pada mereka yang berminat untuk menjalin usahasama dengan Photo Village Studio.
Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNYA. Amin
S E K I A N

HDSLR WORKSHOP by CST PRODUCTION



Asslamualaikum dan salam sejahtera..

Macam mane menu berbuka hari ini? Walau ape pun bersyukurla dengan ape yang kita ada... HH tgk berita..sian kat orang Somalia...nak berbuka kene berebut untuk dapatkan makanan... semuanya kurus kering
Berbalik pada tajuk entri ni.. mesti ramai antara korang yang pernah dengar nama CST PRODUCTION. Pada yang tak tahu..ni seba sedikit pasal CST

"CST is one of the pioneer company in Malaysia that breaking the tradition introduce the latest technology of DSLR in film-making industry. We produced high quality videos which recognized by Guinness World Record and also have been nominated as a finalist in MSC Malaysia APICTA Awards 2010."

HH memang meminati hasil kerja CST. Apabila HH dapat tahu je pasal CST nak buat workshop, terus rasa teruja. Dalam beberapa hari je dah fully book. Alhamdullilah, HH dapat register setelah CST buat rombakan untuk tambah perserta untuk workshop ni. Malam ni HH ngan sorang lagi crew Photo Village Studio, Izuwan akan bertolak menuju ke De Palma Hotel Ampang, dimana workshop ni akan berlansung. Workshop ni akan berlansung selama dua hari. Harapan HH semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Semoga workshop ini menjadi satu titik perubahan dalam kerjaya HH.

Kat sini HH share satu video montage yang pernah HH buat. Mungkin ada yang dah pernah tgk video montage ni... just a simple video montage yang dibuat menggunakan Window Movie Maker...hehehe




Pe pendapat korang tentang video montage kat atas ni? Pls komen ek... TQ
S E K I A N
(^_^)


Fewer Thoughts, Greater Peace

Hi, Assalamualaikum, Salam jumaat semua...sihat ke hari ini? sekejap je dah hari jumaat kan...
dan sesungguhnya hari jumaat merupakan hari yang mulia dan penuh berkat....

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Alhamdullilah, semalam dapat juga  tidur awal dari kebiasaan. Beberapa minggu ni asyik tido kul 2 3 pagi sebab nak siapkan kerja. Pagi tagi HH keluar untuk gunting rambut, dah lama nak gunting tapi tak sempat, kedai yang HH biasa pergi plak dah tutup. So tadi HH singgah kat kedai gunting rambut sorang brother india ni... kenapa HH suka pergi kedai gunting rambut india? sebab kebiasaannya pas diorang gunting rmbut diorang akan urut2 kan kepala, leher dan bahu sikit (^_^).... hilang beban2 dalam kepala ni.

Masa HH sampai kat kedai tu ada dalam 3 orang lagi dok tunggu turn. So HH duduk la lepak2 dulu, sambil tu belek majalah2 yang ada. Pas belek2 majalah mata plak melilau tgk poster kat kelilling kedai tu, ada poster fesyen2 rambut dan sebagainya. Tiba2 mata HH tertarik dengan satu poster pemandangan... kat situ dia tulis "Fewer Thoughts, Greater Peace"... dan HH terus tersenyum.


(Gambar kat atas ni bukan gambar yang HH tgk kat kedai tu. 
Gambar ini HH tangkap dekat Permatang Damar Laut, Penang sekitar dua minggu yang lepas)

HH memang seorang yang meminati Quotes... sebab Quotes ni boleh buat kita berfikir. Tapi honestly HH tak dapat nak fikir dan tak tahu  macam mana nak terangkan apa maksud quotes tersebut.... HH hanya terus tersenyum. Apa pandangan kawan2 tentang maksud quotes ni? Jom share kat sini....

Oh ya, esok http://www.photovillagestudio.com/ akan adakan pameran & promosi di SMK Telok Kumbar, Pulau Pinang sempena hari KAGUM (Hari Kokurikulum). Pada yang tak ada aktiviti jemput la ke sana. Ada banyak aktiviti dan pameran dari Badan2 kerajaan dan swasta. Jumpa di sana k. (^_^)


International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu