Kentang dan nikmat kemaafan.
SUATU ketika dahulu, ada seorang guru yang meminta anak-anak muridnya untuk membawa satu kantung plastik jernih kesekolah. Lalu, ia meminta setiap orang daripada mereka untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya. Setiap orang diminta untuk memasukkan sebiji kentang, untuk setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan.
Mereka diminta untuk menuliskan nama orang yang enggan mereka maafkan itu. Ada beberapa orang daripada kanak-kanak tersebut memiliki kantung ringan, walau banyak juga yang memiliki plastik dengan berat berlebihan.
Mereka diminta untuk membawa kantung jernih itu ke mana-mana sahaja mereka pergi selama seminggu genap, tidak kira siang atau malam. Pendek kata kantung itu harus ada disisi mereka kala tidur, diletakkan di meja saat belajar, dan dijinjit sewaktu berjalan.
Lama-kelamaan keadaan kentang itu, makin tidak menentu. Banyak daripadanya yang membusuk dan berbau. Hampir semua murid berkenaan mengeluh dengan tugasan yang diberikan oleh guru mereka itu. Akhirnya, waktu satu minggu selesai dan hampir semua kanak-kanak memilih untuk membuangnya daripada terus menyimpan.
Lama-kelamaan keadaan kentang itu, makin tidak menentu. Banyak daripadanya yang membusuk dan berbau. Hampir semua murid berkenaan mengeluh dengan tugasan yang diberikan oleh guru mereka itu. Akhirnya, waktu satu minggu selesai dan hampir semua kanak-kanak memilih untuk membuangnya daripada terus menyimpan.
Tugasan ini setidak-tidaknya memberikan pengajaran kepada anak-anak. Suka duka semasa membawa kantung yang berat akan menjelaskan kepada mereka bahawa membawa beban itu, sesungguhnya tidak menyenangkan. Memaafkan lebih mudah, daripada membawa beban itu ke mana sahaja kaki melangkah.
Ini adalah perumpamaan yang baik tentang harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan, dan dendam yang kita pegang terus-menerus. Getir dan berat meruapkan aroma yang tidak menyedapkan. Boleh jadi, itulah nilai yang akan kita dapat saat memendam amarah dan kebencian.
Kita sering berfikir, memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun, kita harus kembali belajar, bahawa pemberian itu, adalah juga hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan. Kebebasan dari rasa tertekan, rasa dendam, rasa amarah dan kedegilan hati
16 Comments
Write Commentsdendam memang tak baik
Replybaik lupakan aja...
kalau masih terganggu
baik elakkan
Fatt Chin Choy,
Replybetul tu ..orang yang berdendam ni hidup dia x tenang
cerita yg bagus.. betul. aku selalu menyimpan sesuat rasa dalam diri.. sampai aku sendir yg rasa sakit hati...
Replymemaafkan memang lebih baik!!!
sI tEDI,
Replybiasala la tu, kita ni hanya manusia biasa,
mulut je memaafkan, tapi hati kadang2 masih terasa...so same2 la kita didik hati tuk jadi lebih pemaaf k
alhamdulillah...wpun ein seorg yg agk ego tp ein juga seorg yg mudah utk meminta maaf n memaafkan org...wpun susah utk lupa kan sesuatu perkara 2, tp ein msh igt lg pesanan dr.fadzillah kamsah...sebaik2 nye, sebelum tdo kt maaf kan suma org n minta la maaf pd siapa2 sahaja...
Reply..::..ein..::..
Replybagus la cam tu..
mari la kita saling memafkan k (^_^)
wahh mmg mendalam mksd entry ni...aku suka msj yg ade dlm entry ni..
Replymmg btul, berdendam xkn bg ape2 untung malah buatkn diri sndri rase rugi.
tp nk memaafkn seseorg xmudah apatah lg klau kesalahan tu terlalu besar...
hanya masa dpt mengubati hati dan hanya kemaafan dapat menenangkan jiwa...
hehe :D
salam Niezam
Replynak "memberi kemaafan" bukannya senang tapi tak susah nak "menjadi pemaaf" kita gembirakan orang wlu dng senyuman sebaliknya kita jg akan merasa nikmatnya.. InsyaAllah..
teringat sewaktu zmn universiti.. di kem kn bawa 2 biji bata merah ke mana sj.. jng hilangkan.. jng di tinggalkan.. berat tak tau nak ckp la.. dng buku yg brtimbun 1 mggu amat menyeksakan..
zaman sekolah.. di kem.. kena jg sebiji telur.. kn bawa ke mn2 sj.. jng hilangkan.. jng pecahkan..
semua tue ada makna tersirat dlm tersurat..
n3 yg best...thanks..
-maiza-
thanks peringatan ni..saya mengaku kadang2 saya pun berdendam bila org menganiya saya..tp cepat hilang rasa tu bila orang tu berbaik ngan saya..walaupun cuma bertanya kabar..
Replybtl kata awak dendam tu adalah beban utk diri..saya akan cuba baiki diri..
sha89,
Reply"tp nk memaafkn seseorg xmudah apatah lg klau kesalahan tu terlalu besar..."
betul tu sha,kadang2 kita rasa kita dah maafkan, tapi bila ada orang sebutkan hal tu lagi, kita kadang2 teringat plak hal lame,
pe pun kita cuba wat yang terbaik tuk diri kita k
Wsalam Maiza,
Replyhehehe ..tapi tu hanya pengalaman dalam kem ..
dalam kehidupan sebenar ada orang yang suruh kita "bawa bata merah mereka" dan ada orang yang sengaja lemparkan "telur" mereka ke arah kita ..malah bukan hya sebiji ..fikir2kan (^_^)
Solehah,
Replybiasala tu, kita kan manusia biasa. Sekurang2nya awak mengaku kelemahan diri...bukan macam setengah orang yang maaf dibibir ..tapi dihati masih berdemdam ..
sama2lah kiata membaiki diri k .. (n_n)
teringat keripik kentang hihihihiih :)
ReplyAnita,
Replykerepek kentang memang sodap dimakan ..hehe
dalam meniti cabaran yang kian mendatang..
Replykemarahan dan kesedihan adalah norma kehidupan..
namun..
setiap kejadian terjadi adalah detik-detik untuk kita mengenali dunia..
fahamilah setiap saat yang telah berlalu agar kita mampu untuk melangkah ke hadapan..
lakukanlah tindakan dengan sewajarnya...
percayalah.. hanya kita sahaja mengenali diri kita sendiri..
daus,
Replybetul tu ..tapi ada gak orang yang x memahami diri sendiri (^_^)