HH, Ben Ashaari dan Pokok
Entry ni khas untuk segmen BEN ASHAARI dan BLOGGER ...
Kalau nak join klik SINI k :)
Hi, Assalamualaikum. Actually HH baru je balik dari buat Pameran dan Promosi di hari KAGUM, SMK Teluk Kumbar tadi. Penat pun tak hilang lagi...Bila online nampak plak segmen ni oleh Ben Ashaari. Cam best je segmen ni sebab salah satu dari arahannya ialah..."Sila letak gambar yg terbaik pernah anda tangkap dan jelaskan peristiwa dengan gambar tu .."
Kat bawah ni merupakan salah satu dari gambar favorite HH (^_^)
© The Tree Of Life by Hasfanizam Hamdan
Gambar ni HH tangkap setahun yang lalu di persisir pantai Bayan Mutiara Pulau Pinang.
Guna Canon 1000D kesayangan HH(^_^). Actually time ni HH dok mengidam nak tngkap gmbar waktu sunrise. Nak dijadikan cerita, hari sebelumnya pun HH dah mai kat sini awal2 pagi lagi...then bila HH on camera x leh...HH pun mula la gelabah, rupa2nya bateri kamera tertinggal kat rumah...semalam cas then terlupa.... so... hehehehe..
Then hari berikutnya HH datang ngan beberapa orang kawan. Pada mulanya HH becadang untuk dapatkan gmbar matahari terbit di tengah2 Jambatan Pulau Pinang... so HH pun berlari la sekuat hati disepanjang pantai tu sampai le ke pantai jerejak..untuk dapatkan alur matahari keluar betul ikut tgh2 jambatan... malangnya time dok lari tu tersadung plak kat akar kayu, lalu HH pun jatuh tergolek...kaki luka, tripod plak patah... bila HH bangun matahari dah naik melepasi jambatan...
HH pun patah balik dengan perasaan kecewa. Sedang HH dok berjalan patah balik, tiba2 ternampak pokok ni. Kat pokok ini actually ada buaian, tapi dah putus. Sebab tu korang boleh nampk tali dalam gmbar kat atas... so HH pun shoot la beberapa keping gmbar pokok ni, dan dalam beberapa shoot tu HH paling suka gmbar diatas.
S E K I A N
(^_^)


