Isteri sanggup bercerai kerana kekasih
‘‘Kisah saya agak pelik sikit dua keluarga hancur apabila kekasih lama mengikut tali percintaan mereka semua dan mereka mahu berkahwin demi cinta sejatinya. Saya berkahwin dengan Khir 15 tahun lalu. Kami berkenalan sejak di sekolah rendah lagi. Tetapi terputus ketika dia dalam tingkatan dua kerana mengikut ayahnya berpindah ke negeri lain.
‘‘Namun setiap hujung tahun kami tetap bertemu apabila dia datang ke rumah saudaranya yang menjadi jiran kami. Jadi hubungan kami tidak pernah putus. Dipendekkan cerita saya melanjutkan pelajaran ke universiti di utara sementara Khir sudah dua tahun di sebuah universiti di KL. Hubungan kami berterusan melalui surat begitulah keadaannya ketika kami masih di sekolah menengah lagi.
‘‘Ketika saya berjaya menamatkan pengajian Khir mencadangkan supaya kami bertunang oleh kerana saya memang tak pernah ada kekasih lain, lamarannya saya terima. Gembiranya hati hanya Allah sahaja yang tahu.
‘‘Dua tahun kemudian kami berkahwin, oleh kerana saya anak bongsu dari lima beradik tentulah keluarga emak, abang dan kakak mengadakan majlis yang sungguh meriah untuk saya, tetapi di sebelah Khir cuma kenduri doa selamat sahaja. Namun saya cukup bahagia.
‘‘Dari situ kami bekerja keras membina keluarga, dari tidak mempunyai apa-apa walaupun sebuah motorsikal buruk, kemudian kami pernah memiliki kereta Kancil, Satria, Waja hinggalah Honda yang menjadi idaman Khir. Itulah kejayaan kami selama 15 tahun.
‘‘Kejayaan itu bukan mudah saya peroleh kalau tidak diiringi dengan kemahiran dan kebolehan yang ada dalam diri saya iaitu memasak kek dan biskut. Tempahan bukan sahaja datang pada musim Hari Raya danmusim perkahwinan sahaja tetapi sepanjang tahun.
‘‘Apabila saya telefon bapa mertua di kampung, beliau kata Khir pulang bercuti kenapa saya dan anak-anak tak ikut. Saya terkejut apa dah jadi. Puas saya telefon dia tetapi tidak dijawab hinggalah dia pulang ke rumah dua hari kemudian.
‘‘Lagi saya terkejut bila pulang dia minta izin nak kahwin lagi. Pitam saya. Dia terus terang kata dia mesti kahwin juga dengan Miza. Tak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu.Saya hanya mampu menangis dan terus menangis. Kepercayaan dan kesetiaan saya selama ini dihancurkannya. Teruk keadaan saya waktu itu. Saya beritahu bapa mertua apa yang terjadi, tapi dia tak percaya. Sebaliknya dia tuduh saya tak menghargai suami.
‘‘Tapi dia tau tak siapa keluarkan duit belanja untuk rumahtangga dan anak- anak, dia cuma bayar duit ansuran kereta dan sewa rumah saja, lain atas saya. Sebab tu saya terpaksa cari duit lebih untuk tampung belanja.
‘‘Setelah menanggung lara beberapa bulan, saya tanya dia siapakah kekasihnya saya dengar isteri orang. Dia mengaku memang benar ada anak tiga. Saya kata mengapa dia sanggup runtuhkan masjid orang. Katanya suami kekasihnya kejam sebab itu dia rasa bertanggung jawab memulihkan masa depan kekasihnya. Tapi apa hal dengan saya dan anak-anak?
‘‘Khir langsung tak hiraukan perasaan saya sebaliknya suruh saya dengar kisah-kisah cintanya zaman dulu dengan Miza. Dan pertemuannya baru-baru ini dalam supermarket Miza sempat cium tangannya dan jalan berpelukan. Sebenarnya saya dah tak tahu nak buat apa sebaliknya dipaksa jadi pendengar ceritanya. Dalam hati saya Allah saja yang tahu.
‘‘Oleh kerana dia memang pandai komputer dia simpan setiap SMS kekasihnya dalam komputer. Dari situ terbongar kisah asmaranya. Dah lama dia buat hal tanpa pengetahuan saya. Kita yang bodoh dan jujur ni percaya dia seratus peratus.
‘‘Saya cuba hubungi Miza tapi tak berjawab, oleh kerana mereka sekampung. Saya ugut dia dalam SMS bahawa saya akan bongkar hubungannya dan Khir kalau dia tak jawab telefon saya, barulah dia jawab, itupun setelah Khir ugut saya, jangan maki hamun Miza.
‘‘Miza beri tahu dia simpati dengan Khir kerana tak bahagia bersama saya. Betul-betul ayat power Khir gunakan memburukkan saya demi menagih cinta Miza. Miza pulak bencikan suaminya seorang ahli perniagaan. Dia terpaksa kahwin dulu kerana keluarganya tak sukakan Khir yang tak lulus universiti dan tak berharta berbanding suaminya anak orang berada."
Bersambung ...
16 Comments
Write Commentsterharunyer first time ader org wat entry and dedicated to me... thanks lot... cite ni mmg menarik... kesian lak kat wife die tu.. psl ex laki tu jd camtu... dasyat btl...
Replyerm.. nnti smbg la entry nie... sedih lak bace citer nie...
sy appreciate sgt awk sudi wat entry response to my entry.. thanks lot...
cinta lea ixora
ReplySame-same. Thanks gak sudi lawat blog saya,
then baca and komen entry saya.
cinta lea ixora,
ReplyCINTA mugkin buta....
tapi HATI kita tidak ...
salam SilentThinker..
Reply1st sy baca.. ish.. kurang asam punya laki.. geramnya.. sgup dia buat mcm tue.. tp ntah la.. hnya dorng sj yg tau situasi sebenar.n3 nie realiti ka trjadi?? kesian wife dia. yg xGF dh kawen dh ada ank snggup curang pd h'band dia.. "Kenapa kedua2nya sggup nk runtuhkn masjid??" berdosa...
"inilah bila nafsu mengatasi segalanya.."
wallahu'alam..
Ya Allah...
Replysizuka sgt2 sedey bc entry ni..
rs cam nth la...
tabah nye awak..
owh...bru sizuka pasan..
Replyni bukan kisah awak ek?
hik3..
pe2 pon..
mmg tabah gle dat girl..
yer.. hati begitu celik menilai cinta.... hati juga begitu setia dgn cinta... tp tatkala kecewa hati juga yg terluka.....
Replyalaa..tgh2 layan citer ni..ade smbungn plak..cpt2 smbung ye..
Replysilent thinker..
ayat kamu mmg hebat lah..
boleh la mntak nsihat pasni ek..
hehe^___^
** SiZuKa ChAn **
ReplyTu bukan cite saya...sekadar berkongsi :)
nanti saya kongsi cite hidup saya plak k
cinta lea ixora,
Replytatkala hati terluka ...
baru terigt pada yang Maha Esa..
::[si putihpurple]::
Replyx de pe yang hebat ..saya sekadar berkongsi ..
kalu da pe2 nak tya pendapat ..saya berbesar hati tuk mendengar..:)
wsalam Maiza,
Replyteruskan membaca bahagian kedua ...
terus naik darah akak baca citer ni niezam...hahahaha....tapi bukan nak ckp apa lah, mmg ramai org lelaki yg tak hargai penat lelah isteri....huhuhu....
Replysalam kaklia,
Replyhehehehe..perkara yang kak cakap dah biasa saya dengar dari seorang perempuan.
Dan saya selalu dengar dari pihak laki plak ..ramai perempuan yang x hargai penat lelah suami... kenapa semua ini terjadi?
Actly bagi saya kita ni manusia same je ..
x kira perempuan atau laki ..masing2 dikalangan kita ada yang tahu menghargai ..dan ada yang tidak. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Dan kita pulak jangahlah menilai sesuatu ketika tertutup pintu hati (marah) ..kerana ketika itu, minda tidak berfungsi.
zam ni kan...pi tukar bidang ye...jd kaunselor..hehe...
Replybila ade nye kekurangan dlm sesuatu hbgn 2, maka ini lah yg terjadi...stp psgn x penah bersyukur dgn ape yg mereka dh usaha kan..tiada keteguhan iman dlm diri..mudah hanyut dgn semua ini
hehehe,
Replyinsyalah kalu da rezeki nak gak jagi kaunselor n motivator ..hehehe (n_n)