Isteri sanggup bercerai kerana kekasih 2

Sunday, September 13, 2009 23 Comments A+ a-

Bahagian 2 (Akhir)

‘‘Bila saya ingatkan dia tentang dosa seorang isteri meminta cerai semata-mata untuk berkahwin lain, dia menangis dan mengaku berdosa kepada suami. Dia juga berjanji untuk mengundurkan diri. Apabila Miza tarik diri, Khir jadi tak tentu arah. Dia salahkan saya kerana tak jadi kawin dengan Miza. Dia ugut Miza akan jadi lebih jahat, kerana ini kali kedua Miza tolak cintanya. Kerana kecewa yang amat sangat dia jatuh cinta pula dengan wanita Sabah, juga isteri orang ketika bertugas beberapa bulan di negeri itu.

‘‘Dengan wanita Sabah bernama Ira ini pun konon dia simpati sebab suami Ira kejam, kaki judi, kaki botol dan mengambil semua duit gajinya. Bila balik hubungan mereka diteruskan, tak pasal-pasal bil telefonnya mencecah hampir RM2,000. RM 1,000 itu dah jadi perkara biasa. Bila tak ada duit semua urusan rumah jadi tanggungjawab saya. Tapi saya sabar juga sambil berdoa dia akan berubah satu hari nanti.

‘‘Rahsianya terbongkar kerana kebetulan bil telefon itu atas nama saya, saya boleh dapatkan bil. Tak cukup duit habis dengan bil telefon dia sering juga ke Sabah di tambah pula dengan bil hotel dan tiket penerbangan.

‘‘Saya tidak mengamuk atau melatah tetapi banyak memohon petunjuk dari Allah. Khir langsung tak tahu malu depan anak- anak pun dia bergurau dan memadu kasih dengan Ira dalam telefon. Dia tahu saya tak akan marah dia. Bab dia berjanji tunggu Ira di hotel bila dia turun KL nanti pun dah jadi perkara biasa.

‘‘Setiap hari balik kerja pukul 8 malam dia terus tidur dan tak mahu diganggu tetapi tepat jam 12 malam, dia akan telefon Ira, bayangkan itulah perbuatannya setiap hari. Tapi saya masih diam. Saya mahu dia berubah. Tetapi hujung tahun lepas dia ambil keputusan pindah sewa rumah dekat rumah kami. Tujuannya supaya senang tengok anak-anak. Tapi dalam masa yang sama dia bawa Ira dan dua anaknya tinggal bersama. Ira ikut pindah bekerja di KL.

‘‘Ira sanggup tinggalkan suaminya kerana cintakan Khir. Entah apalah ayat power dia gunakan. Sewa rumahnya Khir yang bayar. Sejak hari itu Khir langsung tak balik ke rumah katanya panas, nak tengok anak pun di luar saja.

‘‘Entah apa terjadi dengan diri ini, saya pun tak taulah saya tak boleh lupakan Khir. Mungkin kerana dia suami yang baik tak pernah pukul saya, dan dia bukan orang yang kasar kecuali akhir-akhir ini setelah bercinta lagi.

‘‘Kerana terlalu letih menasihatinya, saya cuba mendiamkan diri. Khir ambil kesempatan untuk menceraikan saya lima bulan kemudian. Saya terima dengan tenang. Walaupun saya sedih, sebaliknya saya anggap semua ini urusan Allah. Sepanjang dia tinggal dengan Ira, saya tak pernah menyerang atau ganggu dia, Khir pun hairan saya tak buat kacau.

‘‘Selesai urusan cerai, saya fikir tentulah dia kahwin dengan Ira, tetapi keadaan jadi sebaliknya dia nikah dengan Miza. Terkejut saya, apa dah jadi, macam mana dengan Ira. Rupanya dia tinggalkan Ira terus selepas bercerai dengan saya. Dan dia terus nikah dengan Miza yang kebetulan ketika itu sudah pun bercerai, dan saya tak tahu.



‘‘Dari kawan sekampung, saya dapat tahu Miza pernah memberitahunya, bahawa dia tidak pernah sesaat pun melupakan Khir, itu adalah kekasih awalnya, dia berkahwin kerana terpaksa atas desakan keluarga. Dia pernah berdoa jika suaminya mati dia akan berkahwin juga dengan Khir. Apa yang saya rasa pelik dia langsung tak malu kepada anak-anaknya yang sudah jadi anak teruna dan anak dara sunti itu.

‘‘Dia juga mengaku tak sanggup bermadu. Bila saya diceraikan inilah masanya untuk mereka bernikah. Mungkin juga sudah jodoh mereka. Mungkin juga Allah makbulkan doa Miza berkahwin dengan Khir kekasih hatinya, walau dengan apa cara sekali pun.

‘‘Mereka nikah mas kahwinnya Al Quraan. Khir tahu dia jatuh dalam tong beras bukan di padang pasir gersang, ada pahon rendang untuk berteduh dan berpaut. Buat apa dia nikah dengan Ira yang menyusahkannya. Kini baru saya tahu siapa Khir sebenarnya.

‘‘Lepas nikah Khir temukan anak-anak saya dengan Miza. Miza beritahu anak-anak saya dia tak rampas Khir daripada saya, sebaliknya Khir sudah bercerai dulu baru nikah dengannya. Tapi bagaimana pula kisah percintaannya dengan suami orang ketika dia masih jadi isteri orang lagi? Kalau dia isteri yang solehah dan budiman tentu dia bersyukur dengan jodohnya terdahulu, dan tidak akan tergoda dengan rayuan bekas kekasihnya Khir.

‘‘Namun saya reda dengan ketentuan Allah atas apa yang terjadi. Saya terpaksa mencari kekuatan diri untuk terus bangun demi anak-anak yang masih memerlukan bimbingan dan kasih sayang.

‘‘Dalam mencari ketenangan menghadapi dugaan maha hebat ini saya menghabiskan masa menghabiskan pengajian saya. Saya tahu saya tak boleh mengasihani diri sendiri tanpa berusaha. Saya bersyukur berjaya menempuh dugaan ini dan berjaya bangun dari keruntuhan ini, semuanya kerana anak- anak. Saya berjanji pada diri sendiri tidak akan mengganggu Khir dan Miza, biarlah mereka bahagia dengan jalannya sendiri.

‘‘Saya pasti dan yakin dengan kebesaran Allah, ada hikmah yang Allah sediakan untuk saya dan anak-anak.’’

Mingguan Malaysia

23 Comments

Write Comments
September 13, 2009 at 11:32 PM delete

Salam,
Thanks buat Lea sebab bagitau yang entry sebelum ni x leh view. Saya dah suruh beberapa rakan blogger tuk cek, ada yang dapat baca n ada gak yang x dapat view. So saya decided tuk repost balik. Harap kali ni x da masalah.

Reply
avatar
September 13, 2009 at 11:51 PM delete

Lea,
Setelah disiasat, error berlaku apabila saya try linkkan entry ni tuk Lea, So x da la pendahuluan dedicated to Cinta Lea Ixora tu ...
hehehehe

Reply
avatar
miszgarfien
AUTHOR
September 14, 2009 at 12:04 AM delete

salam saudara niezam....
kihkih...skema x....kali ni br la leh baca..bgs nye wanita ni ye..dia tabah wpun suami dia dh wat mcm2...dh terbukti kecurangan suami nya tp msh mampu menerima suma 2..tabah sguh wanita itu...moga ein pun mampu tabah seperti beliau..

Reply
avatar
September 14, 2009 at 12:13 AM delete

Salam Saudar Ein,
Emp ..moga Ein juga jadi setabah itu ..
tapi dalam perkara bergini, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi kan
‘‘Ira sanggup tinggalkan suaminya kerana cintakan Khir"
fikir2kan ....

Reply
avatar
miszgarfien
AUTHOR
September 14, 2009 at 12:25 AM delete

zam....nape lak SAUDAR...mana huruf 'i' nye..huhu..klo dh itu kebahagiaan yg dia cari, moga dia bahagia..tp disamping itu, dia juga turut berdosa kerana curang di belakang suami..

Reply
avatar
September 14, 2009 at 12:31 AM delete

hehehe..tertinggal plak 'i' tu
time kasih saudari Ein..
tu la, sebenarnya Niezam byak gak kisah tentang kecurangan ni ..nanti Niezam akan kongsi dalam entry akan datang k

Reply
avatar
cintaleaixora
AUTHOR
September 14, 2009 at 12:37 AM delete

thanks sbb abeskan citer ni...sian lak kt awk kena kaji nape jd cmtu..hehe..xpe la xde dedicated tu pon..

hm.. sedihnya jd wife khir tu.. nape la laki cmtu? buta menilai cinta.. sy yakin die xkan bahagia dgn org br kerana dh hancurkan sebuah hati..

psl ex2 ni sy xth nak kate..sy takut jugak camtu..kwn sy tu dh kawen still syg ex..sy tkt sy pon jd camtu..sebab pnh jd sy cple ngan org len tp ati still kt ex lame..ssh btl nk padamkan nama org yg pnh bertakhta dlm hdp nie..

sy cume hrp bile dh kawen nnt sy xkan jd camtu..dan akan syg sape je yg jd laki sy sepenuh hati.. xnk dh kecewakan org sbb kecewa tu terlalu sakit....

Reply
avatar
miszgarfien
AUTHOR
September 14, 2009 at 2:22 AM delete

hehe...
rjn tul zam ni post entry mcm ni ye...tp ok gak la..ein pun suka baca..hhe

lea...
ein paham ape yg lea alami..mmg susah utk lupakan org yg pnh kt syg..dan ein juga penah berada dlm situasi 2..couple dgn org yg sy x suka sbb nak show off kat ex..huhu..sama2 la kt doa agar di beri jodoh yg terbaik..amin..

p/s: zam, sory eh..ternyibuk kat blog zam jap..hehe

Reply
avatar
MaizaC'Joe
AUTHOR
September 14, 2009 at 6:55 AM delete

Salam SilentThinker...

Niezam.. memeng susah nak lupakan orang yang kita sayang.. apa-apa pun tepuk dada tanya seleara sendiri yang tau...

Reply
avatar
September 14, 2009 at 3:25 PM delete

salam..

wah2!!mmg mntap r citer ni..dup dap dup dap i bce..hehe~

to lea & ein terchenta..(kihkih)..
sume nde akn jd mudah klau kite boleh ikhlaskn hati kite..tp tp tp...sy tau..bkn sng nk ikhlaskn hati...tp kite still bleh usaha kn? kite pompuan kne kuat..jgn krana mreka2 itu kite lemah...cewaahh~ i ckp sng kn..xpe2..same2 lah kite berusaha..hee~

to incik niezam..(Wahh..cm knl je pngil niezam..haha)
tnkiu ye share this story yg dup dap dup dap..hihi~

slmt puasa sume\(^___^)/

Reply
avatar
September 14, 2009 at 11:22 PM delete

Salam Lea,
"nape la laki cmtu? buta menilai cinta.."
saya sering dengar ayat tu dari perempuan ...
ini menunjukkan yang dia betul2 kecewa ...
x kira la lelaki atau perempuan ..kita same2 buta..betul x? kita kata kekasih kita buta bila x tahu menilai cinta kita ..tapi x pernah mengaku buta bila kita abaikan kasih sayang parents kita...kita lawan cakap mereka..kita tipu mereka ...jadi renung2kan dan selamat beramal :)

Reply
avatar
September 14, 2009 at 11:39 PM delete

cinta lea ixora,
'sy cume hrp bile dh kawen nnt sy xkan jd camtu..dan akan syg sape je yg jd laki sy sepenuh hati..'
pe yang saya blaja dari hidup saya? hati itu kepunyaan kita ...kasih sayang itu juga kasih sayang kita ... jadi kita yang akan tentukan ..pada siapa yang akan kita berikn ...

Reply
avatar
September 14, 2009 at 11:57 PM delete

Ein dan Lea,
saya pun penah alami benda yang same...
moga ditabahkan hati kita sume k.
Amin

Reply
avatar
September 15, 2009 at 12:00 AM delete

Salam Maiza,
Thanks for yr help and comment ek..
saya setuju ngan awak ..
tepuk dada tya la jiwa ..
dan fikir guna minda :)

Reply
avatar
September 15, 2009 at 12:02 AM delete

wsalam ::[si putihpurple]::
betul kta awak ..kita kena terus berusaha,
chaiyok2..
awak panggil la pe pun.. x kisah ...kami kat sini sume pun baru2 nak berkenalan ..moga berkekalan ...anyaways thanks sudi baca entry ni ..

Reply
avatar
cintaleaixora
AUTHOR
September 15, 2009 at 3:27 AM delete

wahwah... ramai yg respon... tq utk silent thinker.. name awk nizam eh?
btl ape awk ckp tu...

tp ein dan putihpurple..thanks dear...
betul ape yg korang ckp tu....

Reply
avatar
September 20, 2009 at 1:12 AM delete

cinta lea ixora,
Thnks sume sebab sudi baca dan komen...
a'ah ..name saya Nizam n_n

Reply
avatar
miszgarfien
AUTHOR
September 24, 2009 at 3:39 AM delete

kih3...ni mst sbb ein letak nama zam kan so semua pengomen dh tau nama zam...wahaha...glamer dh ye...

lea n putihpurple...
jom kt sama2 kuat kan diri, tabah kan ati utk tempuhi dugaan ni...moga ade sesuatu kebaikan dr semua kesengsaraan ni....cayunk kamu 2 org...muah 1000x...wahahaha

Reply
avatar
September 25, 2009 at 9:04 AM delete

oooo, kat tuan rumah ni x syang pun ..huh

Reply
avatar
miszgarfien
AUTHOR
September 25, 2009 at 11:55 PM delete

erk.....
kih3.....
nak kena cayunk tuan rumah gak ke

Reply
avatar
October 4, 2009 at 12:41 AM delete

"sayang menyayang, saling percaya,
punca kasih berpanjangan "....lalala

Reply
avatar
z.a.r.a
AUTHOR
October 5, 2009 at 1:40 PM delete

wahh....entry ni buat aku sedih...tp mmg ramai wanita2 kat luar sane senasib dgn kisah ni...

;)

Reply
avatar
October 6, 2009 at 12:13 AM delete

sha89,
sedih2 gak, yang penting kita amik jadikan pedoman.

Reply
avatar

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu