Showing posts with label Kewangan dan Pelaburan / Finance and Investment. Show all posts
Showing posts with label Kewangan dan Pelaburan / Finance and Investment. Show all posts

Menabung???

Dedicated to AKU X-PO of http://www.mohdhafizuddin.com/
Response to
AKU NAK MENABUNG, TAPI MESTI HABIS..ADEH


Aku terbaca entry kat blog AKU X-PO. So aku pun nak bagi la sedikit pendapat tentang topik menabung ni. Sebab ni salah satu topik yang aku minat ...pasal kewangan..hehehe..tapi x bermakna aku mata duitan ok ...korang nak menabung MENABUNG??? senang je ...
.
1.Buat 1 rancangan menabung - Korang jangan ingat tv je da rancangan, dalam menabung pun korang perlu merancang. Sebenarnya dalam menabung pun kita perlu ada target dan tujuan. Ini bagi menyenangkan kita tuk pastikan jenis tabungan yang kita nak buat nanti. Kebanyakan orang just kata "aku menabung untuk masa depan", tapi korang sendiri x pasti pe sebabnya korang menabung. Selalunya ada 2 sebab mengapa orang menabung. 1 sebab tuk digunakan sebagai tabung kecemasan dan 2. untuk mengumpul duit membeli sesuatu seperti rumah dan kereta. Bila dah tau sebab pe korang menabung then korang set la target and brape lame tuk korang menabung. Contohnya cam RM100 sebulan tuk setahun.
.
2.Disiplin - Ini paling penting, x kira cam mane pun korang kene ikut rancangan menabung korang. Selalunya kat sini paling susah. Memang senang kita nak plan macam2 tapi bila time nak membuatnye ..mcm2 alasan plak kita bagi. Dalam hal ni aku jumpa ramai orang yang boleh bagi seribu satu alasan mengapa diorang x dapat nak menabung. X perlu la aku nak listkan plak alasan2 diorang tu. Tapi kalu hendak seribu daya, tepuk dada tya selera. Sebab tu bila korang nak set target, korang kena relevan dengan keadaan kewangan korang. Contohnya kalu korang ni x da sumber pendapatan tetap ..just set target tuk menabung RM1 atau RM2 sehari. Tapi bagi mereka yang buta akan berkata "ala, setakat simpan RM1 sehari bilanya nak kaya?" ...sebab tu la orang tua cakap..sikit2 lama2 jadi bukit ..kan lebih elok simpan sedikit dari x simpan lansung.
.
3.Menabung 1 komitmen - Selalunya kebyakan orang hanya akan menabung bila ada duit lebih ..ni la antara kesalahan utama menabung. Sepatutunya duit yang ada perlu ditolak dulu dengan duit yang kita nak simpan ..then duit lebih tu baru kita arange cam ne nak spent atau nak joli ...Angapla cam korang kena bayar bil ...dan manabung adalah 'bil' yang paling penting korang nak kena settle tiap2 bulan. Sebab korang menabung tuk diri sendiri ...dan mane tau duit tu nanti dapat tolong kelurga, saudara mara atau kawan2 korang suatu hari nanti.


4.Buka akaun simpanan - Korang buka la satu akaun simpanan TANPA KAD ATM. Korang ni kalu dah ada kat ATM, selagi akaun korang x kosong korang akan jolok kad tu kat mesin ATM. Bila korang buka akaun simpanan menggunankan buku, korang akan terasa berat tuk beratur pajang2 kat kaunter semata2 nak kuarkan RM50. hehehe ni salah satu cara tuk korang disiplinkan diri tuk tidak mengusik duit simpanan korang. Aku cadangkan korang buka/guna je akaun ASB sebagai akaun simpanan, sebab sekali gus korang dah buka akaun pelaburan.
.
5.JANGAN USIK DUIT SIMPANAN - x da gunanya korang simpan duit then bawak kuar bila korang x da duit nak memenuhi KEHENDAK korang. Nak beli hp baru la, baju baru la dll. Ni salah satu perkara yang paling penting. Bila menabung korang kena guna prinsip "SIMPAN DAN LUPAKAN". Anggap je duit korang dah hilang. Sebab kalu korang asyik teringat duit yang korang simpan, nanti macam2 benda yang akan muncul dalam otak korang, dan korang sentiasa fikir yang "AKU KAYOOOO". Walau apa pun, guna duit tabungan korang hanya tuk perkara yang korang dah set time korang mula2 menabung.
.
Selamat menabung!!!.

P/s: Sekiranya korang ada soalan berkaitan Kewangan & Pelaburan, korang leh la tanya aku. Insyaallah aku bantu setakat mane yang mampu. Aku bukan ALONG, aku cuma nak tolong. hehehe (^_^)


International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu