Mencuci Hati

Sunday, September 27, 2009 6 Comments A+ a-

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a.

Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan:"Ya Allah, jadikan hatiku bersih."


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat.

Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran

Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X..

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari

Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).



8. Berpuasa

Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

6 Comments

Write Comments
miszgarfien
AUTHOR
September 27, 2009 at 1:17 PM delete

good entry....
i luv it...
mmg btl ape yg tercatat dlm entry ni
2 la yg sebaik2 nya kt lakukan

Reply
avatar
September 27, 2009 at 2:36 PM delete

Ein,
Benda yang baik kan elok dikongsi bersama n_n

Reply
avatar
September 27, 2009 at 5:14 PM delete

putihpurple likes this *thumbs up*
heee^____^

mau copy ye.tQ;]

Reply
avatar
September 27, 2009 at 9:52 PM delete

Copy la cik putih oii..
asalkan anda bahgia ..hehehe :)

Reply
avatar
cintaleaixora
AUTHOR
September 28, 2009 at 10:41 PM delete

nice entry.... mengingatkan diri.... i lovin it ;)

Reply
avatar
October 1, 2009 at 1:06 PM delete

(^_^)
marilah kita saling mengigatkan

Reply
avatar

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu