KepADA bAkaL suAMi DaN iSteri
Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
12 Comments
Write Commentsmaksud yg sgt mendalam..sape pun psgn kt kelak, belajar utk menerima dgn seada nya..kerana kt juga, bukan la seorg yg sempurna...
Reply**ehem....oh mama..sy mau kahwin....kahwin dgn sape???? ntah la...kih3...
ko da nak kawen ke tuan pyer blog?
Replycak pong!
cak pong!!
sila jemput aku taw..
aku wat mini gig tuk kenduri kawen ko nti
pernah baca b4 ni, hehe..
Replyaku belum nak kawin lg...
owh terima kasih..terharu..shahdu..
Replyhuhuhu tuan blog?
Replytgu la orang masuk meminang..hehehe
betol2... tp sy xkawen lg.. leh la wt amek taw kan.. mne th leh pki tem nk kawen nnt..hehe
Replyhuhuhhu..
Replyermp..sampai bila la nak membujang
hehehe (^_^)
sape xnak kawin woi.. yang penting pastikan kemampuan diri untuk menjadi suami/isteri terlebih dahulu.. jangan kawin nak seronok jer.. fikirkan akan tanggungjawab setelah bergelar suami isteri.. ingat tue.. hehe.. =)
Replypsst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
Salam Ziarah kembali..tq for remind me.. Nielah.. pesanan wat diriku yang sering lupa.. Hargailah Perkahwinan itu..
ReplyJangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah... mesti kena ingat selalu nih..
sueella,
ReplyIngat dan praktikan (^_^)