Wahai anakku!

Wahai anakku!

Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya.

Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.



Bertahnik


Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. 


Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. 

Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut.

Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”.

(HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharah sahih Muslim 7/269)


IJI Terakhir - Suatu Pengalaman [ Bahagian 2 ]

sambungan dari IJI Terakhir -  Suatu Pengalaman


JUMAAT - 27 SEPTEMBER 2013



Terjaga dari tidur terus saya ambil handphone untuk tengok jam. Pukul 6.00 pagi. Ketika itu, saya dapat rasakan yang kesihatan saya makin baik. Saya sms Sam bertanyakan sama ada mereka sudah sampai di KL Sentral. Katanya, semalam keretapi bertolak lambat, jadi mereka masih belum sampai ketika itu.

Setelah selesai solat subuh saya sms Sam lagi. "Aku Ingat nak pergi IJI". 

Sam bertanya... sama ada kesihatan saya sudah ok, larat tak sana nak pergi, nak pergi naik apa.... dan sama ada saya betul-betul pasti dengan apa yang saya nak buat.

Kemudian Sam menerangkan, disebabkan keadaan semalam, dia telah tawarkan tiket saya kepada rakan-rakan yang lain. Dan dah ada orang yang bakal mengganti tempat saya. Kemudian Sam bertanya... apa yang patut dia lakukan. Saya tidak membalas sms Sam.

Saat itu saya cuma redha. Saya pasti, seperti mana saya, insan tersebut juga semestinya sangat hendak berada di IJI. Tak sanggup pula saya nak suruh Sam batalkan tawaran tersebut. Pasti orang itu akan kecewa.

Tiba-tiba Sam sms. "Nizam, mai ja.... aku dah bincang dengan orang yang nak ganti tempat hang tu. Hang mai ja..."

Saya macam tak percaya. Berulang kali saya bertanya kepada Sam, macam dengan orang yang akan menggantikan tempat saya. Setelah diterangkan, tanpa berfikir panjang, terus saya beritahu niat saya kepada isteri untuk pergi juga ke IJI. Biar terlepas kelas sesi pagi sahaja.... DARIPADA TERLEPAS KESELURUHAN IJI.

Pagi itu, buat pertama kali dalam hidup, saya membeli tiket Bas secara online. Saya sendiri telah terlupa bila kali terakhir saya menaiki Bas Expresss. Setelah bersiap, isteri tercinta menghantar saya ke stesen bas. Saya tahu, seperti mana saya risau untuk tinggalkan dia..... dia juga risau untuk melepaskan saya pergi. Kerana dia faham saya bukanlah orang yang biasa bermusafir seorang diri, kerana selalunya dialah peneman di sisi.

Di stesen bas, saya di beritahu bahawa bas akan sampai lambat daripada yang dijadualkan kerana mengalami masalah. Setelah hampir sejam menunggu, bas yang dinanti pun sampai.... 


...... BERSAMBUNG


Hasfanizam Hamdan


(Gambar yang sempat dirakamkan oleh isteri saya sebelum saya bertolak :)



IJI Terakhir - Suatu Pengalaman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

IMKK JULAI 2013

Saya mendaftar untuk kelas Intensif Jutawan Industri (IJI) ketika saya mengikuti kelas Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK) bersama isteri dan rakan saya di Menara PGRM Cheras pada bulan Julai yang lalu. Dalam IMKK, saya hanya mampu untuk duduk di seat general, iaitu tempat duduk yang paling belakang sekali. Cemburu saya lihat rakan-rakan yang duduk di barisan hadapan, seraya bertekad, untuk kelas-kelas DAO selepas ini, saya nak jadi antara yang duduk paling depan. Di akhir kelas IMKK, kami mendapat tawaran hebat untuk Kelas IJI, IMKK & AMP akan datang. 

Secara peribadi saya mendapati IMKK adalah satu kelas yang SANGAT, SANGAT, SANGAT BAGUS!!!. Kalau boleh saya hendak semua orang yang saya sayang, keluarga dan rakan-rakan untuk menghadiri dan rasai sendiri pengalaman berada di dalam kelas ini. Dalam masa yang sama, saya sendiri ingin mendaftar untuk IJI dan duduk di bahagian hadapan. Dan kewangan yang ada pula adalah sangat terhad.

Akhirnya saya buat satu keputusan. Saya gunakan semua duit yang saya ada untuk mendaftarkan mak dan ibu mertua saya untuk mengikuti kelas IMKK pada hujung tahun ini. Untuk saya sendiri pula, nanti baru saya fikir bagaimana untuk saya daftarkan diri untuk IJI. Alhamdulillah, dengan tekad dan usaha, walaupun tanpa wang di tangan... Allah telah permudahkan segalanya. Dipendekkan cerita, sebelum saya melangkah keluar dari menara PGRM pada hari terakhir IMKK, saya dan sahabat saya Mohd Norhisammudin (Sam) berjaya juga untuk daftarkan diri untuk IJI, dan kali ini kami akan duduk di seat Supreme Diamond. :)

*

Seminggu sebelum IJI, segala persiapan telah siap diuruskan. Tiket, hotel dan sebagainya. Tak sabar rasanya untuk berada di IJI. 3 bulan jarak waktu antara IJI dan IMKK terasa seakan-akan sangat lama. 

Tetapi perasaan teruja ini bersulam perasaan risau, takut dan sedih.

Beberapa hari sebelum IJI, datuk saya jatuh sakit. Beliau terjatuh ketika hendak pergi ke tandas. Itulah satu-satunya datuk saya yang masih hidup. Keadaan datuk agak kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Perasaan ini agak risau, di saat semua saudara mara berkumpul dan bergilir-gilir menjaga datuk... saya pula akan pergi untuk beberapa hari. 

Dalam masa yang sama, berat rasa hati ini untuk meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandungkan cahaya mata pertama kami. Pelbagai perkara berlegar - legar di dalam kepala ini.




KHAMIS - 26 SEPTEMBER 2013

Sehari sebelum IJI, di facebook meriah dengan gambar kawan-kawan yang telah membuat pendaftaran awal untuk IJI di PWTC. Dalam diri ini, perasaan teruja tidak dapat disembunyikan lagi. Saya dan Sam akan bertolak pada waktu malam dengan menaiki keretapi dari Butterworth dan menuju ke KL Sentral. Bersama - sama kami nanti adalah Cikgu Junita dan sahabatnya.

Petang itu, mak singgah ke rumah saya dan beritahu bahawa datuk saya sudah boleh pulang ke rumah. Alhamdulillah, kurang sikit rasa risau. Selepas maghrib saya membuat persiapan terakhir sebelum bertolak. Saya juga turut berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menjaga dan melindungi semua ahli keluarga saya. Tiba-tiba saya mengalami muntah-muntah dan sakit kepala. 

Pada mulanya saya ingatkan hanya perkara biasa, nanti lepas makan ubat mungkin lega. Tetapi sebaliknya yang berlaku, keadaan saya menjadi semakin teruk. Kepala ini terasa seolah-olah dihempap oleh sebuah treler. Tak dapat nak diungkapkan rasa sakit itu dengan kata-kata. Sehinggakan saya tidak mampu untuk berdiri. Akhirnya saya terbaring dan dalam tak sedar mula mengeluarkan air mata. 

Dalam masa yang sama, Sam telah sampai ke rumah saya. 

Saya terbaring dan tak mampu untuk buat apa-apa... hanya air mata yang makin kuat mengalir. KENAPA PADA SAAT DAN KETIKA INI SAYA JATUH SAKIT???????..... SAAT SAYA HENDAK BERTOLAK KE IJI UNTUK MENUNTUT ILMU.... 

Akhirnya saya tenangkan diri. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Saya percaya Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik untuk saya. Malam itu, dengan berat hati, keputusan terpaksa dibuat. Akhirnya Sam bergerak menuju ke PWTC tanpa saya.....


...... BERSAMBUNG







Cinematography Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum,
Hi you all, pe khabar? Macam biasa, HH busy dengan menyiapkan album-album pelanggan. Alhamdullillah atas rezeki yang Allah kurniakan... Khamis ni Photo Villlage Studio akan lancarkan satu lagi hasil kerja kami dalam bidang Cinematography... kali ini khas untuk bakal pengantin yang akan melansungkan perkahwinan... mane tau ada yang berminat untuk dapatkan servis cinematography dari Photo Villlage Studio nanti..


 
Tapi sementara tunggu video ini ditayangkan pada khamis ni, pe kata you all layan dulu video kat bawah..
(^_^)



Jangan lupa ek tgk video terbaru dari Photo Village Studio pada 29 Semtember ni, hanya di
http://www.photovillagestudio.com/

Sekian
(^_^)


Pakej Video Perkahwinan dari Photo Village Studio

Assalamualikum semua, 
Apa khabar? Kali ini HH nak kongsi mengenai Pakej Video Perkahwinan. Ingat tak dulu time bulan puasa, HH dan seorang lagi krew Photo Village Studio ke Ampang untuk menuntut ilmu HDSLR dengan CST Production . Bagi yang tak tahu boleh rujuk entri2 berikut:

HDSLR WORKSHOP by CST PRODUCTION


6 Ramadhan 1432H | Mari Mengaji

7 Ramadhan 1432H | Warna

8 Ramadhan 1432H | Tinggi

CST Production Jump Out Workshop | Colours Of Life





Kepada bakal pengantin diluar sana, kini Photo Village Studio mula menawarkan Pakej Video Perkahwinan. Ramai yang bertanyakan kami mengenai Pakej Video Perkahwinan ini. Untuk makluman semua, buat masa ini, Pakej Video Perkahwinan hanya ditawarkan kepada pelanggan Photo Village Studio yang menempah mana-mana Pakej Fotografi Perkahwinan sahaja. Bagi yang menempah pakej fotografi untuk dua majlis keatas, anda akan mendapat diskaun untuk pakej video. 

Nak tengok hasil video dari Photo Village Studio?
(^_^)

Megat & Murni | Reception + Outdoor Session 2


Assalamualikum semua...
Kali ni jom kita layan gambar Megat & Murni lagi. Kali ni time majlis bertandang yang diadakan pada 11 Jun yang lalu dekat Kulim, Kedah.




Nak tengok lebih banyak gambar?
(^_^)


Hasfanizam Hamdan

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu