Ijtimak & Hilal? Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Sunday, July 31, 2011 9 Comments A+ a-

Assalamualaikum.
Sedar tak sedar bulan Ramadhan kembali lagi. Hari ini HH nak kongsi sedikit tentang ilmu falak.
Semalam time pameran KAGUM, salah satu booth yang HH singgah lama ialah booth Pusat Falak, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Kat sini HH dapat belajar banyak benda, dan kagum dengan kebesaran 
ALLAH S.W.T. 

Pengertian Ijtimak
Semasa bulan mengelilingi bumi dalam orbitnya, ia akan sampai kepada satu titik pertemuaan atau garisan dan matahari (longitud ekliptik yang sama). Ia dikenali sebagai Ijtimak (conjunction). Ketika ijtimak, bahagian bercahaya menghadap matahari, manakala bahagian yang gelap menghadap arah bumi.

Apa itu Hilal?
Adapun maksud HILAL itu adalah – sabit pertama yang terlihat.
Hilal merujuk kepada anak bulan sabit setelah ijtimak yang pertama kali kelihatan atau kemungkinan kelihatan (Imkanur Rukyah) selepas matahari terbenam atau fasa bulan yang terawal boleh dilihat selepas ijtimak yang menunjukkan sebahagian kecil dari permukaan bulan yang bercahaya. Ia berbentuk lengkung cahaya halus seperti sabit.

JOM TGK ANAK BULAN
|
|






Mane ada orang tgk anak bulan siang2...hehehehe...gmbar kat atas ni actually HH tgh teropong matahari.
HH dapat tgk sunspots.

Sunspots are temporary phenomena on the photosphere of the Sun that appear visibly as dark spots compared to surrounding regions. They are caused by intense magnetic activity, which inhibits convection by an effect comparable to the eddy current brake, forming areas of reduced surface temperature. Like magnets, they also have two poles. Although they are at temperatures of roughly 3000–4500 K (2727–4227 °C), the contrast with the surrounding material at about 5,780 K leaves them clearly visible as dark spots, as the intensity of a heated black body (closely approximated by the photosphere) is a function of temperature to the fourth power. If the sunspot were isolated from the surrounding photosphere it would be brighter than an electric arc. Sunspots expand and contract as they move across the surface of the Sun and can be as large as 80,000 kilometers (50,000 mi) in diameter, making the larger ones visible from Earth without the aid of a telescope.
Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Sunspot

Thanks kat Jijie Smart sebab tolong snap gmbar HH :)

-------------------------------------------------------------------------------

Dalam Takwim Islam, iaitu takwim hijri, melihat ANAK BULAN atau merukyah menjadi ciri utama bagi penentuan awal bulan. Menurut definasi hukum feqah, rukyah ialah melihat ANAK BULAN (Hilal) selepas matahari terbenam (Biyidatul Mujtahid, halaman 588). Manakala ANAK BULAN pula dedifinasikan sebagai bulan sabit selepas matahari terbenam.

"Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal.
Bila hilal tertutup atasmu, sempurnakanlah bilangan Syaaban 30 Hari"
Riwayat Bukhari dan Muslim

"Oleh itu, sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan maka hendaklah ia berpuasa"
Surah Al-Baqarah - Ayat 185

HH mengaku, selama ini HH selalu terfikir macam nama la rupa anak bulan agaknya... HH ingatkan anak bulan tu bulat....hehehe...bila kita belajar sesuatu...baru kita tahu betapa bodohnya kita (^_^)

Satu lagi HH dapat info tarikh lahir dari abg2 Pusat Falak ni
HH dilahirkan pada hari Ahad, 19 Safar 1406H
Dan sehingga hari ni HH dan hidup selama 9401 hari di atas muka bumi ni.

Alhamdulillah.
Ape pun selamat datang Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Semoga kita dapat memanfaatkan Bulan Ramadhan kali ini untuk menambah amal ibadat kita.
S E K I A N
(^_^)

9 Comments

Write Comments
Ahmad Syarif
AUTHOR
July 31, 2011 at 1:01 PM delete

ada gambar anak bulan tak?

Reply
avatar
HH
AUTHOR
July 31, 2011 at 1:04 PM delete

malam ni baru orang tgk anak bulan la syarif :)

Reply
avatar
AJ
AUTHOR
July 31, 2011 at 1:47 PM delete

pinjam sky-watcher tu boleh? :)

Reply
avatar
HH
AUTHOR
July 31, 2011 at 1:49 PM delete

kene mentak tak Pusat Falak :) hehehe

Reply
avatar
July 31, 2011 at 4:25 PM delete

wah best.. rugi plak tak pi KAGUM semalam.. ingat biasa2 je.. siap pusat falak mai lagi.. nak jemput mai tun uda gak la..

Reply
avatar
schakeyra
AUTHOR
July 31, 2011 at 4:54 PM delete

nak tengok gak... tak ajak~~

Reply
avatar
HH
AUTHOR
July 31, 2011 at 11:18 PM delete

Mus: rugi x mai..leh try 900mm..hehehe
Kyra: Jom..hehehe

Reply
avatar
saiful
AUTHOR
August 1, 2011 at 10:15 PM delete

lense dia takleh mount kat dslr hang ka HH?

Reply
avatar
HH
AUTHOR
August 2, 2011 at 10:49 AM delete

Boleh, tapi depa x bawak adapter... hehehe :)

Reply
avatar

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu