Kenapa berkahwin?

Monday, July 18, 2011 9 Comments A+ a-

Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat malaysia berkahwin.. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran :=

1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat. Bukankah Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran :

An-Nisaa’
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.

Surah Taubah
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki

Surah An Nur
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.



4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.

Surah Ar Rum
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi

793 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku


Bersambung ....

9 Comments

Write Comments
September 5, 2009 at 2:59 PM delete

ish...leh lak dia bersambung ye...
tp kan..........xnak khwn blh x??
hehe

Reply
avatar
MaizaC'Joe
AUTHOR
September 5, 2009 at 4:41 PM delete

salam..

semua org nak kawen.. mayb hnya segelintir sj yg tak nak @pun blom brsedia agaknya..
tp bg sy.. klu dh smpai seru.. jodoh pun smpai.. jng di tunggu lg..

Reply
avatar
SilentThinker
AUTHOR
September 5, 2009 at 8:28 PM delete

Ein,
hehehe mesti la bersambung ..
dalam entry yang ni just sebab yang positif ..
n entry akan datang ein akan dapat tgk sebab2 yang lebih menarik kenapa orang berkahwin...
so jangan lupa follow k ...
x nak kawin? rugi tau sebab kawin satu nikmat :)

Reply
avatar
SilentThinker
AUTHOR
September 5, 2009 at 8:32 PM delete

Maiza & Ein...

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yassin:36)

Reply
avatar
SilentThinker
AUTHOR
September 6, 2009 at 1:54 PM delete

imHeppie..
Bgus la cam tu ..nanti kenduri jangan lupa jemput ek ....hehehe :)

Reply
avatar
September 9, 2009 at 11:17 PM delete

saya pernah terpiki tanak kawen.. camne tu ek?? huh

Reply
avatar
SilentThinker
AUTHOR
September 9, 2009 at 11:59 PM delete

cinta lea ixora,
setiap pemikiran dibayangi masa silam,
nape terpikir sampai cam tu?

Reply
avatar
September 24, 2009 at 3:25 AM delete

lea.....ein pun mcm kamu...xnak khwn la...tb2 fobia lak...kui3...

Reply
avatar

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu