Kentang dan nikmat kemaafan.
SUATU ketika dahulu, ada seorang guru yang meminta anak-anak muridnya untuk membawa satu kantung plastik jernih kesekolah. Lalu, ia meminta setiap orang daripada mereka untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya. Setiap orang diminta untuk memasukkan sebiji kentang, untuk setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan.Mereka diminta untuk menuliskan nama orang yang enggan mereka maafkan itu. Ada beberapa orang daripada kanak-kanak tersebut memiliki kantung ringan, walau banyak juga yang memiliki plastik dengan berat berlebihan.
Mereka diminta untuk membawa kantung jernih itu ke mana-mana sahaja mereka pergi selama seminggu genap, tidak kira siang atau malam. Pendek kata kantung itu harus ada disisi mereka kala tidur, diletakkan di meja saat belajar, dan dijinjit sewaktu berjalan.
Lama-kelamaan keadaan kentang itu, makin tidak menentu. Banyak daripadanya yang membusuk dan berbau. Hampir semua murid berkenaan mengeluh dengan tugasan yang diberikan oleh guru mereka itu. Akhirnya, waktu satu minggu selesai dan hampir semua kanak-kanak memilih untuk membuangnya daripada terus menyimpan.
Lama-kelamaan keadaan kentang itu, makin tidak menentu. Banyak daripadanya yang membusuk dan berbau. Hampir semua murid berkenaan mengeluh dengan tugasan yang diberikan oleh guru mereka itu. Akhirnya, waktu satu minggu selesai dan hampir semua kanak-kanak memilih untuk membuangnya daripada terus menyimpan.
Tugasan ini setidak-tidaknya memberikan pengajaran kepada anak-anak. Suka duka semasa membawa kantung yang berat akan menjelaskan kepada mereka bahawa membawa beban itu, sesungguhnya tidak menyenangkan. Memaafkan lebih mudah, daripada membawa beban itu ke mana sahaja kaki melangkah.
Ini adalah perumpamaan yang baik tentang harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan, dan dendam yang kita pegang terus-menerus. Getir dan berat meruapkan aroma yang tidak menyedapkan. Boleh jadi, itulah nilai yang akan kita dapat saat memendam amarah dan kebencian.
Kita sering berfikir, memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun, kita harus kembali belajar, bahawa pemberian itu, adalah juga hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan. Kebebasan dari rasa tertekan, rasa dendam, rasa amarah dan kedegilan hati






