Jurukamera BernamaTV Terbunuh | Takziah Buat Keluarga Noramfaizul Mohd Nor

Sunday, September 04, 2011 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,
HH nak ucapkan takziah buat keluarga Noramfaizul Mohd Nor, iaitu jurukamera Bernama TV yang terbunuh semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia. Kalau kawan2 tgk, isu ni mendapat perhatian luas rakyat 1 malaysia. Even perdana Menteri sendiri menunggu ketibaan jenazah di Lapangan TUDM Subang. Sewaktu HH tgh update ni, jenazah alllahyarham Noramfaizul Mohd Nor baru sampai di lapangan dan terus dibawa ke majlis TUDM untuk dimandikan dan dikafankan. Walaupun HH tidak mengenali allayarham, tetapi keberaniaan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan memang patut dipuji. Mereka sanggup mengambil risiko dan berkorban untuk keaamanan manusia sejagat. Dalam kejadian yang sama, jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan yang turut cedera. 
Salam takziah buat keluarga Noramfaizul Mohd Nor. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 
AL - FATIHAH

************************************************************

DI BAWAH INI BERITA YANG HH BACA DI UTUSAN MALAYSIA ONLINE


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.



Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.

Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.

Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.

Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.

Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. - Bernama

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu