Happy New Year 2010
Sedar tak sedar tahun 2009 telah berlalu pergi. Dan hari ini bermulalah tahun 2010. Cepat sungguh masa berlalu tanpa disedari. Pelbagai kenangan manis dah pahit berlaku sepanjang 2009 menjadikan hidup ini lebih bermakna.
Ramai yang bertanya mengapa saya jarang update blog ini, ada juga yang bertanya mengapa saya tidak menulis sendiri artikel2 untuk blog ini malah tidak kurang juga ada yang mengatakan saya sombong..(sombong ke saya ni??? hehehe)...Saya tidak ambil hati kerana kata orang tak kenal maka tak cinta..betul tak??? (^_^). Jawapanya adalah kerana MASA. Bagi yang rapat dengan saya, mereka sedia maklum dengan tugas harian saya. Bagi yang tidak tahu pulak, biar saya berkongsi serba sedikit tentang diri saya. Saya berkerja hampir 12 ke 13 jam sehari. 5 hari seminggu. Masuk kerja pukul 9.00 pagi, balik dekat 10.00 malam dan kadang2 sampai ke 12.00 malam. Kami tiada public holiday, maksudnya sekiranya nak cuti pada cuti umum, kena la apply cuti. Tak perlu la saya nak mention nama company saya, sebab company saya merupakan salah satu company gergasi dunia dalam bidang kewangan. So bayangkan berapa banyak masa yang saya ada untuk urusan peribadi dalam sehari??? Masa bersama keluarga? masa bersama kawan2? masa untuk beridah?.....
Tahun 2009 juga melihat saya membuat satu keputusan berani dalam karier saya. Saya membuat keputusan untuk meletak jawatan setelah menimbang segala2nya. Perkerjaan seperti ini tidak sesuai dengan saya dan yang lebih penting saya perlukan hidup yang lebih seimbang.
Untuk tahun 2010, banyak perkara yang hendak dilaksanakan, dan sudah semestinya menuntut banyak usaha dan keringat. Karier adalah antara perkara utama yang perlu saya beri perhatian. Disebabkan terlalu banyak cabang yang saya boleh pilih (saya ini mempunyai terlalu banyak minat..hehehe)...saya harus betul2 fokus dalam memilih kerjaya yang betul. Saya harus membezakan kerjaya, minat dan hobi. Tapi kan bagus kalau hobi kita boleh dijadikan kerjaya..tentu kita x jemu kan..hehehe (^_^). Tahun 2010 juga saya berharap saya boleh mula menulis untuk blog2 saya dan semestinya saya berharap mendapat lebih ramai kawan dari seluruh dunia. Semoga tahun 2010 ini tuhan permudahkan segala urursan dan murahkan rezeki kita bersama. AMIN (^_^)
2 Comments
Write Commentshappy new year...hehe...semoga berjaya mencapai ape yg di ingini dlm kehidupan ini
ReplyThanks Ein..Wish you all the best too!!!
Reply