Kenapa berkahwin? ...Bahagian Akhir

Tuesday, July 19, 2011 10 Comments A+ a-

Sambungan daripada Kenapa Berkahwin?

6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami
dan seorang ayah yang soleh
7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin
8. Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang
panggil saya bujang telajak
9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora
10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia
13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin

Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah saw katakan bila berbicara tentang perkahwinan :

" Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari Al Quran mahu pun dari Hadis Nabi saw, ianya telah menyatukan 2 insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.

Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin. Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?
1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.


Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat Al Quran

Surah Al Imran
[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.

Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata:
Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya.Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .


10 Comments

Write Comments
imHepPie
AUTHOR
September 6, 2009 at 3:18 PM delete

nak kawen!!nak kawen..!!


tpi camna nk pastikan org tu la jodoh kita..huhu

Reply
avatar
September 6, 2009 at 7:05 PM delete

imHepPie,
Walaupun jodoh itu ditangan tuhan, tetapi ianya perlu dicari dan diusahakan ...
Setelah itu berdoa dan baru menerima dengan pasrah..

Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ” surah Al-Baqarah, ayat 186

Reply
avatar
MaizaC'Joe
AUTHOR
September 6, 2009 at 9:14 PM delete

salam SilentThinker

sudah tentu.. sapa2 pun nak kawen.. jodoh d tangan ALLAH.. tp mcm awk kt.. jodoh perlu di cari dan di usahakan.. emmm... patut ka sy cari??? ahaksss...
"perigi cr timba.." dunia skrng nie mmang ok.. tp jng trlalu menonjol.. xelok.. maruah perlu d jaga jg..

tp mcm mn pun.. brdoa dan terus berdoa..
InsyaAllah seru akn dtng jua.. dng harapn dpt yg trbaik.. dpt menerima kt seadanya.. InsyaAllah

Reply
avatar
September 6, 2009 at 10:18 PM delete

Wsalam Maiza,
maruah memang perlu dijaga ..
tetapi jangan pula terkeliru antara maruah dan ego .. :), dan kita boleh belajar dari sejarah

*****

Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.

“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah.

“Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. KUWAKILKAN KEPADAMU UNTUK MENIKAHKAN AKU DENGANNYA,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.

Reply
avatar
miszgarfien
AUTHOR
September 6, 2009 at 11:34 PM delete

tetap gak xde rasa nak khwn...maaf ein xlarat nak baca

Reply
avatar
September 7, 2009 at 10:54 PM delete

Ein..
tiada paksaan untuk baca ..
dan tiada paksaan untuk kawin :)

Reply
avatar
giGGLe
AUTHOR
September 8, 2009 at 6:25 PM delete

berkahwin kerana allah..pasti xde masalah...tp kita manusia lemah...slalu tersasar kan....harap2 la skali je kawen da kekal slamanya....

Reply
avatar
cintaleaixora
AUTHOR
September 9, 2009 at 11:17 PM delete

teringin nak kawen tp takut jgk sbb ramai sgt yg bercerai berai....

Reply
avatar
September 10, 2009 at 12:07 AM delete

cinta lea ixora,
kalu awak takut kawin sebab bercerai berai ..sama seperti awak takut makan sebab gemuk..
tapi ada orang still dapat menikmati makanan ..tanpa jadi gemuk...betuk tak?

Reply
avatar
miszgarfien
AUTHOR
September 24, 2009 at 3:28 AM delete

perkahwinan 2 akn jd sgt indah andai di sulami dgn penuh kasih syg, kepercayaan n yg plg penting, restu dr parents...tb2 lak rasa mcm nak khwn....lalalala...

Reply
avatar

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu