TANAH, AIR, API & ANGIN
Just want to share something from my old mailbox. Maybe some of you have read about this, but I believe it is something nice to read and share. Credit goes to the original author but I don't know who... (*_^)
*****
Panduan Mengenali Perangai Wanita (Rahsia 4 Unsur)
WANITA TANAH
***************
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20 Mei),
Virgo (24 Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).
* Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
* Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
* Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
************
Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
* Aries (21 Mac-20 April),
* Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
* Sagittarius (23 November-21 Disember).
* Dilahirkan sebagai pemimpin
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
***************
Mereka ini lahir di bawah lambang ;
* Gemini (22 Mei-21 Jun),
* Libra (24 September-23 Oktober) dan
* Aquarius (21 Januari-19 Februari).
* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif tinggi, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
Tiada yang mustahil.!
* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap
diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul & hebat, untuk berkonfrantasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
************
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).
* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.