KepADA bAkaL suAMi DaN iSteri

Tuesday, November 10, 2009 12 Comments A+ a-

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
 


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub

Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

12 Comments

Write Comments
November 10, 2009 at 9:43 PM delete

maksud yg sgt mendalam..sape pun psgn kt kelak, belajar utk menerima dgn seada nya..kerana kt juga, bukan la seorg yg sempurna...

**ehem....oh mama..sy mau kahwin....kahwin dgn sape???? ntah la...kih3...

Reply
avatar
November 11, 2009 at 10:17 AM delete

ko da nak kawen ke tuan pyer blog?

cak pong!
cak pong!!

sila jemput aku taw..
aku wat mini gig tuk kenduri kawen ko nti

Reply
avatar
nursarah87
AUTHOR
November 11, 2009 at 1:00 PM delete

pernah baca b4 ni, hehe..

aku belum nak kawin lg...

Reply
avatar
Solehah
AUTHOR
November 11, 2009 at 4:38 PM delete

owh terima kasih..terharu..shahdu..

Reply
avatar
SilentThinker
AUTHOR
November 11, 2009 at 9:00 PM delete

huhuhu tuan blog?
tgu la orang masuk meminang..hehehe

Reply
avatar
November 12, 2009 at 11:45 PM delete

betol2... tp sy xkawen lg.. leh la wt amek taw kan.. mne th leh pki tem nk kawen nnt..hehe

Reply
avatar
SilentThinker
AUTHOR
November 13, 2009 at 10:55 PM delete

huhuhhu..
ermp..sampai bila la nak membujang
hehehe (^_^)

Reply
avatar
November 15, 2009 at 7:00 PM delete

sape xnak kawin woi.. yang penting pastikan kemampuan diri untuk menjadi suami/isteri terlebih dahulu.. jangan kawin nak seronok jer.. fikirkan akan tanggungjawab setelah bergelar suami isteri.. ingat tue.. hehe.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Reply
avatar
sueella
AUTHOR
November 19, 2009 at 10:54 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
sueella
AUTHOR
November 19, 2009 at 10:55 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
sueella
AUTHOR
November 19, 2009 at 10:57 AM delete

Salam Ziarah kembali..tq for remind me.. Nielah.. pesanan wat diriku yang sering lupa.. Hargailah Perkahwinan itu..
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah... mesti kena ingat selalu nih..

Reply
avatar
SilentThinker
AUTHOR
November 19, 2009 at 9:28 PM delete

sueella,
Ingat dan praktikan (^_^)

Reply
avatar

International Muslim Wedding Photographer

Powered by Blogger.

Contact Form

Submenu Section

Slider Section

Total Pageviews

Pages - Menu